IGEM Hari Pertama

The International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2022 membuka tirainya secara rasmi dengan majlis pelancaran hari ini. YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air, merasmikan acara ini sebagai tanda simbolik pembukaan acara pameran dan persidangan selama 3 hari yang diadakan untuk mempromosikan teknologi hijau dan penyelesaian eko.
Tahun ini, lebih daripada 300 peserta akan mempamerkan produk mesra alam dan inisiatif mampan mereka untuk membantu negara mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 2030. Bertemakan “Race Towards Net Zero: Fulfilling Sustainable Development Goals (SDG) & Environmental, Social, and Corporate Governance (ESG) Commitments” IGEM 2022 dikenali sebagai arena unik yang merangkumi komitmen Malaysia terhadap pembangunan mampan.
IGEM 2022 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 12 – 14 Oktober 2022. Layari www.igem.my untuk maklumat lanjut.