IGEM Hari Kedua

YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air telah merasmikan Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2022 pada hari ini yang bermula 12 hingga 14 Oktober 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
IGEM memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi hijau yang berkembang maju di Malaysia. Dengan bertemakan “Race Towards Net Zero: Fulfilling Sustainable Development Goals (SDG) and Environmental, Social, and Corporate Governance (ESG)” edisi ke-13 ini merangkumi aspirasi negara untuk menggalakkan kelestarian seperti yang terkandung di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12).